a) Segar dan merah
wanita yang mempunyai bibir begini menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Mereka juga bersikap terbuka dan periang.Ramai yang suka berkawan dengannya kerana dia pandai menyesuaikan diri dan mesra dalam pergaulan. Dia juga mampu memberi kegembiraan kepada pasangan dengan sifat manja dan sifat semula jadinya sebagai wanita.Secara umumnya dia juga suka dimanja dan mahukan kasih sayang. Biasanya mereka mempunyai raut wajah yang menarik selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang ketenangan dan kemesraan.
b) Pucat
tidak kira apa jua bentuk bibirnya, ia kelihatan kebiruan. Biasanya wanita yang memiliki bibir seperti ini tidak boleh dipercayai. Kata-katanya tidak boleh dipegang, selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Dia juga cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangan.
c) Nipis
wanita yang mempunyai bibir nipis menggambarkan dia seorang yang banyak mulut dan suka membicarakan perkara-perkara yang tidak wajar. Dia juga suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan pendapat orang lain.
Wanita seperti ini pandai memujuk dan bijak memainkan peranan demi kepentingannya. Mereka bersikap optimis dalam menjalani kehidupan.
d) Mungil
mereka mampu menarik perhatian lelaki. Dia sering mempamerkan gaya yang manja, suka didampingi dan dibelai.Selain itu, dia suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang tetap dan sentiasa ragu dengan apa yang dibuat.Wanita ini mudah dijinakkan dan pandai membaca kelemahannya. Mereka boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun, dia suka merungut dan berleter jika tidak dapat apa yang diingininya.
e) Tebal
Wanita ini bersikap agak bebas dan terbuka apatah lagi dikaitkan dengan persoalan cinta. Wanita seperti ini mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangan namun dia juga mampu mencetuskan suasana yang sebaliknya ekoran sikap yang suka mencemuh dan menghina dikhalayak ramai.Dia tidak suka berpura-pura. Jika diberi amanah, dia boleh menjaganya dengan baik. Bagaimanapun, jika membenci seseorang, kata-kata yang dihamburkan pasti menyinggung perasaan. Dia amat mementingkan kecantikan. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan tersebut. Dia juga boros serta tidak pandai menguruskan rumah tangga. Jika kamu menjadi suaminya, harus mempunyai kewibawaan tinggi. Jika tidak dia akan mengongkong kamu.
f) Terbuka
dalam soal kerja dan tanggungjawab, mereka cukup disiplin dan mencapai prestasi yang amat membanggakan.Ramai wanita seperti ini mendapat kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburi, optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya upaya untuk memiliki hati lelaki yang dicintainya.Dia tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia juga pandai memanfaatkan keistimewaan diri.
No comments:
Post a Comment