Assalamualaikum wbt kepada sape2 jelah yang sudi menjenguk blog aku yang sudah lama dipandang enteng & terbiar sepi ni (mungkin time dulu-dulu tak tau sangat ape kegunaan bende alah ni) tapi sekarang I should say something beneficial and this is one of the method! kalau nak diikutkan tafsiran orang-orang yang lahir pada bulan Februari ni memang tak suka bercakap dan meluahkan perasaan KECUALI ada bende trigger then kami- kami ni mula la bercakap sampai tak berhenti pon hado! that's the reason kenapa aku da lame tak meng'update' blog sebab aku rasa tak perlu kot luah-luah perasaan bagai kat blog.. tak perlu jugak tonjolkan diri tu sangat... errrr... ok Bai! tapi sejak akhir tahun 2011 aku start ubah persepsi ni..
Mula-mula sekali aku menjejakkan kaki jadi student undergraduate kat Kuantan ni as a Dietetics student aku mula timba banyak ilmu.. eh kejap....Dietetics??? errr.. ape tu??
"mak cik tak ponah donga pon kos dietetik sepanjang umo mak cik ni ha..yang ponah mak cik tau anak-anak kenalan mak cik ni ha amik kos doktor"
(*sorry bukan nak blame / banned kos medic..hanya sebagai contoh)
Ok faham lah kenapa mak cik - mak cik tak tahu sebab mereka pun tak dapat pendedahan sejak dulu-dulu lagi..masa dulu pun dietitian ciput sangat..tapi kalau orang-orang muda zaman sekarang ni still tak tahu jugak sila gantung diri kat pokok taugeh =P hehe..
Dietetik atau dlm bahasa omputih Dietetics dikenali jugak sebagai kos Sains Pemakanan.. kos ni sangat berbeza dengan kos Nutrition..yes we learn the same things but
"Nutritionist can be a nutritionist and not Dietitian but Dietitian can be both"....
ok berat nak terima kat kepala..haha.. macam ni, students yang amik kos Dietetics akan belajar nutrition yang dipelajari oleh student yg amik kos Nutrition tetapi Dietetics ada subjek tambahan selepas belajar nutrition..kami kene belajar how to cater patients yang ade disease particularly chronic diseases dengan menasihati patients supaya mengambil nutrisi-nutrisi yang baik untuk penyembuhan/pengurangan penyakit mereka =)
Syok nye jadik dietitian ni sebab we advice people to take good nutrition! we deal with foods and not drugs.. ngheee.. masa zaman-zaman 1st year (budak hingusan) lagi kami belajar masak-masak...wuuuuuuu... excited gila masuk kitchen dgn classmate...mane taknye orang lain stress masuk lab tengok2 microscope, microbes, organ-organ etc..tapi kitorang masuk "lab" which is kitchen! hekhek..kluar-kluar lab toinggg keluar sebijik cheese cake la..meatloaf la..nyumnyum.. no stress der! enjoy macam masak kat rumah aje..
nah aku share gambar output "lab" kitorang..hehehehe..
cream puff
grilled lamb shoulder
cheese tart with fruit
ikan masak 3 rasa
chicken sandwich
puding roti
cinnamon roll
*KENYANG!!!
masa first year ni belajar masakan utk org biasa dan memang silibus kami tahun 1 & 2 ni belajar sume pasal orang sihat.. Start 3rd & 4th year baru di'specific'kan ke nutrisi orang sakit.. masa tahun 1 &2 ni masih lagi boleh belaja memain (tak cakap ea suruh tak baca buku..=P ) tapi bila masuk 3rd year & 4th year ni da kene amik serious sume lecturer ajar..sekali kene perli "you shold know this, lagi setahun nak grad pun tak tahu lagi ke?" eerrrr...sentap! haha..tapi belum pernah kene lagi lah...hopefully TAKKAN KENE! tacing aku kalo kene sebijik..nanges laju2..haha..biasa la orang perempuan ni hati lembut..lalalalala..ok Bai!
Ok sekarang kita cerita pasal mana hala tuju budak-budak fresh grad Dietetics ni? meh aku classify kan as follows:
1) Clinical / healthcare : ni macam keje kat hospital tak kesah private atau hospital kerajaan..kalo korg ada melawat org sakit kt mane2 hospital korg try usha kat carta organisasi kat wad tu.. die tulis "Pegawai Pemakanan / Pegawai Dietetik"..haaa tula salah satu kerjaya kami
2) community/public health : ni keje dekat klinik-klinik kesihatan
3) food service/management : manage staff & chef2 kat jabatan dietetik dan sajian kt hospital.
4) academia/research : ni kalo korg dah abes undergraduate korg bleh sambung Master dlm bidang nutrition ke pastu bleh tolong mane-mane lecturer atau orang yang nak buat PhD yang nak buat research.. bleh jadik Research Assistant (RA). kalo korg da ade master bleh sambung lagi amik PhD pastu jadik lecturer macam lecturer2 kami.. nice ape =)
5) food & nutrition industry & bussiness : haaa...ni lagi satu cabang..bukan bermaksud korang asik2 keje kat hospital je eh..tp korg boleh keje dekat kilang-kilang pemakanan contoh macam kilang Nestle ke..
6) corporate wellness : ni ada certain-certain syarikat korporat yang nak Dietitian sendiri utk manage & monitor kesihtan pekerja-pekerja dorg
7)Communication / journalism : ni korang boleh tulis buku-buku.. =)
ni aku nak share video pasal ape tu kerjaya sebagai Dietitian / Pegawai Dietetik / Pegawai Pemakanan
#peace#